10 'K' dalam persahabatan



 
 
 
KECINTAAN 
 
Merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan.
Ikatan persahabatan akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan 
yang disandarkan kepada pemilik cinta itu sendiri iaitu Allah s.w.t. 
Oleh itu, kita perlu meluahkan rasa cinta terhadap sahabat 
dengan mengungkap, 'uhibbuka atau i fillah' (bagi sahabat yang sama jantina) 
agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, 
kerana Allah
 
 
KASIH SAYANG 
 
Lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. 
Namun, setelah kita mencintai sahabat, 
kita perlu curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. 
Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. 
Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita. 
Insya-Allah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka
 
 
KEIKHLASAN
 
Dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat 
keberkatan dan rahmat daripada Illahi. 
Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan 
mengundang permusuhan antara sahabat. 
Bersahabatlah dengan seseorang 
kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, 
pangkat atau harta yang dimilikinya
 
 
KESETIAAN
 
Terhadap seseorang sahabat mampu 
memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu.
Apabila kita setia terhadap sahabat, kita akan diingati 
sehingga akhir hayat mereka. 
Ini kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada 
di sisinya memberi sokongan 
 
KEBERANIAN
 
Dalam berkata benar. Dalam persahabatan, 
kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. 
Lebih-lebih lagi, jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. 
Kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. 
Selain itu, kita juga kena berani menasihati sahabat kita. 
Ini kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka bukan?
 
 
KEJUJURAN
 
Juga perlu dalam persahabatan. 
Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan 
sahabat kita. 
Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. 
Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan
 
 
KEMAAFAN
 
Sekiranya sahabat kita pernah melakukan kesilapan, 
bersedialah untuk memaafkannya, 
tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita. 
Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk
memaafkan sahabatnya. Begitu juga sebaliknya.. 
 
 
 

 
 
KESEDIHAN
 
Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, 
maka ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. 
Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. 
Mungkin ketika itu, tiada siapa yang akan mereka cari, 
selain kita sahabat mereka 
 
 
KEGEMBIRAAN
 
Jika kita gembira, maka berkongsilah kegembiraan itu bersama 
sahabat-sahabat tercinta.
Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? 
Tidak mahukah kita melihat ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka?
Kegembiraan kita, bermakna kegembiraan mereka juga.
 
 
KESERASIAN
 
di sini bukanlah bermaksud, 'Kau cantik, aku mesti cantik,' atau 
'Kau kaya, aku pun kena kaya'. Tidak sama sekali. 
Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza. 
Namun, dalam persahabatan, 
keserasian dapat diwujudkan 
apabila terbinanya persefahaman dia antara dua pihak. 
 
 
 
 
 

0 comments: