KASIH SAYANG
Lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan.
Namun, setelah kita mencintai sahabat,
kita perlu curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka.
Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran.
Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita.
Insya-Allah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka
KEIKHLASAN
Dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat
keberkatan dan rahmat daripada Illahi.
Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan
mengundang permusuhan antara sahabat.
Bersahabatlah dengan seseorang
kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa,
pangkat atau harta yang dimilikinya
KESETIAAN
Terhadap seseorang sahabat mampu
memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu.
Apabila kita setia terhadap sahabat, kita akan diingati
sehingga akhir hayat mereka.
Ini kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada
di sisinya memberi sokongan
KEBERANIAN
Dalam berkata benar. Dalam persahabatan,
kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu.
Lebih-lebih lagi, jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya.
Kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan.
Selain itu, kita juga kena berani menasihati sahabat kita.
Ini kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka bukan?
KEJUJURAN
Juga perlu dalam persahabatan.
Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan
sahabat kita.
Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita.
Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.
KEMAAFAN
Sekiranya sahabat kita pernah melakukan kesilapan,
bersedialah untuk memaafkannya,
tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita.
Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk
memaafkan sahabatnya. Begitu juga sebaliknya..
KESEDIHAN
Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih,
maka ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka.
Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka.
Mungkin ketika itu, tiada siapa yang akan mereka cari,
selain kita sahabat mereka
KEGEMBIRAAN
Jika kita gembira, maka berkongsilah kegembiraan itu bersama
sahabat-sahabat tercinta.
Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka?
Tidak mahukah kita melihat ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka?
Kegembiraan kita, bermakna kegembiraan mereka juga.
KESERASIAN
di sini bukanlah bermaksud, 'Kau cantik, aku mesti cantik,' atau
'Kau kaya, aku pun kena kaya'. Tidak sama sekali.
Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza.
Namun, dalam persahabatan,
keserasian dapat diwujudkan
apabila terbinanya persefahaman dia antara dua pihak.